Sunday 19 June 2016

Ramadhan ke-15 1437H / 20-June-2016

Salam Ramdhan yg ke15 semoga kita terus beristiqomah dan beribadat tanpa henti ....semoga uasaha kita untuk menemui malam istimewa Lailatul Qadar , In Sha Allah akan berjaya..


Tiada yang menarik untuk diuraikan , melainkan jiwa semakin kuat dan mencuba untuk mancari syer2 sempena bulan yg baik ini,Letih...itulah dugaan bagi kita sebagai manusia di Bulan yg semulia ini ,,In Sha Allah kita melakukkannya kerana Allah SWT dengan IKHLAS kerana NYA.

Buat anak2 Ummi semoga tabah , semoga diizinkkan oleh Allah SWT supaya kita menpunyai kesihatan yg baik untuk terus beribadat dan mendapat kejayaan yg di redhai ...Berjuanglah kehidupan kamu semua untuk meraih masa dan keuntunggan yg dijanjikan Allah di bulan yg mulia ini.Kita manusia yg lemah dan daif , tetapi kita berusaha selagi kita berupaya membuatnya ..In Sha Allah ganjaran itu ada .
Sayangi diri kita bermakna kita akan terus disayangi Allah SWT kerana Nawaitu kita adalah ikhlas dan keranaNya...
Perhati cara dan da tindak tanduk kita dimasa lepas yg kita jalani , mengguntungkan atau sebaliknya, perbaiki apa yg kurang , seperti kita memperbaiki kenderaan kita supaya lebih ummphhh dan menarik , begitu juga tentang diri kita,tentang amal ibadat kita,tentang iman , taqwa kita , sedeqah jariah kita , semua ini telah ummi cerita dan sampaikkan kepada kalian , maka berusahalah menambah apa yg sedia ada , TIDAK AKAN RUGI SEDIKIT PUN , In Sha Allah kita melakukan dgn ikhlas dan NAWAITU yg baik.

Ramadhan ini kembalilah anak2 ummi ke masjid setiap malam raikanlah bersama2 teraweh dan ushrah dan Qiamulai bersama2 ...Seronok dan indah bila dirumah Allah.Percayalah.

Yg lelaki sudah semestinya tahu , WAJIB selalu bersolat di MASJID.Gerakkan kaki , langkahlah dengan seayunya ke sana, Malikat sentiasa menggiringi kalian , biarkan sang IBLIS panas kerana di hati kamu lakukan hanya KERANA tuntutan dan peraturan...

Berdoalah pada setiap masa Allah sentiasa mendengar , percakapan,perbualan,sebutan,langkah kamu,perbuatan kamu semua itu adalah DOA...Raikan Hidup dengan penuh KETAQWAAN.bersihkan minda,bersihkan HATI , jangan mati HATI,berDOALAH agar HATI2 kita sentiasamengingati ALLAH SWT pada setiap MASA....

Ya Allah jadilah kami semua umat2 yang sentiasa mengingatiMU , Menurut Perintah MU , Sentiasa Beriman ,Bertqawa ,Tunjukkanlah kami ke jalan yg BENAR dan LURUS .MUKMIN yg sebenar-benar .

cerita pendek buat anak2 ummi ...seronok ALLAH anugerah kalian dalam hidup Ummi ..Happy sangat2 ..Semoga diberi keberkatan segala pendidikkan dan ilmu yang tercurah kepada kalian anak2 ummi ....

Selepas ini tiada lagi rumah besar seperti sekarang , kita hanya ada rumah yg sempit tetapi akan menjadi seluas2nya dan selesa jika kita sentiasa Mengingati & bertqwa kepada ALLAH SWT....

Nabi SAW telah bersabda ketika khutbah terakhir baginda SAW berpesan ,bahawa 2 perkara yang ditinggalkan untuk UMAT Banginda ...ank2 ingatkan Ummi selalu bercerita ,,,so 

 1- AL-QURAN
 2- SUNNAH
 _______________________________________________________________

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW Sebelum Beliau Wafat

By in Hadist & SunnahKisah Muslim on June 17, 2013
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah;
Dari Jarir ra: “Sungguh Nabi SAW bersabda padanya, pada Haji Wada’ (Haji perpisahan/haji Nabi saw yang terakhir). Simaklah dengan baik wahai orang-orang, lalu beliau bersabda: “Jangan kalian kembali kepada kekufuran setelah aku wafat, saling bunuh dan memerangi satu sama lain” (Shahih Bukhari)
Haji Wada’ dikenal juga dengan nama Haji Perpisahan Nabi Muhammad Saw. Beliau mengumumkan niatnya pada 25 Dzulqaidah 10 H atau setahun sebelum beliau wafat. Dari sekian banyak hikmah dari Haji Wada’ ini adalah pesan kemanusiaan yang terungkap dari khutbah beliau.
Ketika Rasulullah Saw menyatakan diri hendak menunaikan haji, sekitar 90 ribu lebih pengikutnya terpana dan terkagum-kagum dengan sosok beliau. Lantas mereka mengikuti Rasulullah melakukan perjalanan dari Madinah ke Mekkah pada 25 Dzulqaidah 10 H.
Dalam perjalanan ke Mekkah, Rasulullah bersama isteri-isterinya menginap semalam di Dzi al-Hulaifah. Dini hari sampai Shubuh, beliau dan pengikutnya melakukan ihram dan berjalan sambil mengucapkan “Labbaik, Allahumma labaik… Labbaik, la syarika laka labbaik!”
Sampai di Mekkah, Rasulullah bergegas ke Masjidil Haram. Di sana, beliau melaksanakan ibadah thawaf, sa’i, lantas berdoa di Bukit Mekkah. Setelah itu, beliau berkhutbah di Padang Arafah di hadapan seratus ribu lebih pengikutnya dari Madinah dan Mekkah.
Suasana di Padang Arafah ketika musim Haji
Di Arafah, segala puji kepada Allah dan shalawat bergema ketika Rasulullah berdiri untuk memulai khutbah.

” Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU. “

Pada saat itulah turun wahyu yang terakhir kepada Nabi Muhammad SAW :
Firman Allah SWT :
 “Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan Aku Ridho Islam menjadi agama bagimu.”
(QS. Al-Maidah : 3).
Setelah mendengar wahyu ini Abu Bakar RA menangis terisak-isak, karena dia memahami bahwa jika suatu misi telah disempurnakan menandakan si pembawa misi tersebut (Nabi Muhammad SAW) akan segera kembali kepada Allah SWT (meninggal dunia).








No comments:

Post a Comment