Thursday 16 June 2016

Meehoon Goreng

Menu simple jugak la ...nak sedap tambah lebih udang ..

resepi Meehoon Goreng

200gm meehoon (Soohoon) rendam
200gm udang yg dibuang kulit
4 biji lada besar
4 sudu lada hitam
2 keping fish kek 
segenggam bunga kobis yg dicincang
secawan cendawan yg di kepil kecil2..
sedikit kucai yg dipotong 1 inci
secawan taugeh
6 ulas bawang putih ditumbuk ..
4 sudu minyak masak

caranya :
panaskan kuali , masuk minyak dan goreng bawang putih hingga wangi
masukkan udang , fish kek yg di potong nipis
masukkan bunga kobis kacau hingga separa masak
masukkan cili besar yg dipotong ,cendawan
masukkan meehoon kacau dan kacau
masukkan lada hitam ..
campakkan taugeh dan daun kucai , kecilkan api masukkan garam secukup rasa dan perasa jika suka.
kacau sehingga rata dan rasa yg enak , sila matikan api.

try la nooo ..i suka sbb simple sgt2 ..

note : kalau rasa pekat semasa mengacau meehoon , sila masukkan sedikit air supaya mudah dialih alihkan meehoon bila mengoreng / mengacaunya.


No comments:

Post a Comment